Assalammualaikum W.B.T dan selamat sejahtera , kami dari kumpulan 1 telah berbincang dan bersetuju untuk memilih tajuk “Astronomi - Kepentingan Penerokaan Angkasa Lepas” untuk melaksanakan E-folio kami. Kumpulan kami terdiri daripada tiga ahli iaitu :
1. Nahidzrul Ghadafi Bin Azmee (07DKA20F1029) (DKA2A)
2. Qhairul Qhuzaimie Bin Abdul Aziz (07DKA20F1019) (DKA2A)
3. Mohd Yazeed Faiz Bin K Fadzial (07DKA20F1003) (DKA2A)
Dalam E-folio ini , kami telah berjaya membahagikan tugasan kepada setiap orang dalam kumpulan dan pembahagian tugasan dalam kumpulan adalah seperti dalam carta gantt tersebut :
| Yazeed | Nahidzrul | Qhuzai |
Pemilihan tajuk dan Pembahagian tugasan | √ | √ | √ |
Pendahuluan | | √ | |
Isi 1 | | √ | |
Isi 2 | | | √ |
Penutup | √ | | |
Edit maklumat dan Blog | √ | |
|
PENDAHULUAN
Astronomi berasal dari bahasa Yunani iaitu “astro” yang bermaksud bintang dan “nomi” yang bermaksud bintang dan membawa maksud “peraturan bintang”.Astronomi juga dikenali sebagai ‘Ilmu Falak’ iaitu ilmu kaji bintang.Astronomi atau Ilmu Falak merupakan cabang sains yang merangkumi pemerhatian atau pencerapan serta penjelasan mengenai perkara yang berlaku di luar bumi atau atmosfera bumi . Ianya juga merupakan salah satu penyumbang yang telah memberi banyak manfaat atau kebaikan kepada perkembangan sains dan teknologi.Kejayaan negara-negara barat seperti Amerika Syarikat dan Russia banyak bergantung kepada kemampuan mereka untuk menghasilkan teknologi moden terutamanya yang berkaitan dengan penerokaan angkasa lepas sekali gus dapat memberikan manfaat kepada manusia.
Dalam penerokaan angkasa lepas , terdapat juga kepentingan aktiviti ini. Antaranya ialah mengkaji cuaca. Dengan pembangunan satelit , saintis dapat meramal atau mengkaji cuaca bumi. Oleh itu , manusia dapat bersedia apabila akan berlakunya bencana alam atau fenomena alam seperti banjir , ribut , taufan dan banyak lagi.
Selain itu , dari segi perubatan. Para angkasawan dapat menjalankan penyelidikan di luar angkasa lepas dengan lebih berkesan berbanding penyelidikan di muka bumi. Hal ini demikian kerana pengunaan alat-alat penyelidikan di luar angkasa lepas berlipat kali ganda canggih berbanding dengan alat-alat penyelidikan di bumi.Hal ini melancarkan penyelidikan terhadap teknologi , fizik , biologi , perubatan dan banyak lagi.
Akhir sekali ialah pertahanan. Kita dapat dapat memperoleh maklumat-maklumat dan satelit-satelit pengintip yang dilengkapi dengan kamera canggih akan mengukuhkan kedudukan pertahanan tentera sesebuah negara untuk menjamin keselamatan negara. Kemudahan satelit navigasi akan membantu kerja-kerja pemantauan keselamatan negara dengan lebih berkesan.
Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie bin Sheikh Mustapha
(Merupakan angkasawan pertama Malaysia)
Isi 1 = Etika Islam Dalam Sains Teknologi Dan Kejuruteraan
(i) - Menghasilkan penemuan sains,teknologi dan kejuruteraan yang memberi manfaat kepada keselesaan manusia.
Penerokaan angkasa lepas juga telah membawa kepada pembangunan satelit yang telah membantu para saintis untuk meramal atau mengkaji cuaca bumi dengan memantau perubahan cuaca.Selain itu,pengunaan satelit membolehkan gambar-gambar boleh diambil dari pelbagai sudut di seluruh dunia dengan efektif dan mudah.Perkara ini telah menjadikan keselamatan manusia di seluruh dunia sentiasa terjaga kerana manusia dapat mempersiapkan diri untuk menghadapi bencana alam atau fenomena alam seperti banjir,taufan,tsunami dan gempa bumi.Selain itu,dengan adanya satelit,pencemaran seperti tumpahan minyak di lautan dan sungai,kebakaran di hutan dan penipisan lapisan ozon dapat dikesan dengan cepat dan mudah sekali gus dapat menghentikan pencemaran tersebut dari berlaku.Contohnya,di sydney dan Australia.para saintis sedang berusaha membangunkan satelit pertama di negara itu yang mampu meramalkan risiko lokasi bermula kebakaran selepas beberapa bulan Australia berdepan dengan kebakaran hutan yang dahsyat.
Hal ini membolehkan manusia didedahkan kepada bahayanya pencemaran alam dan apa kesannya kepada manusia jika dibiarkan begitu sahaja.Sebagai contoh,jika kebakaran di hutan tidak dapat dikesan dan dibiarkan,ianya boleh menyebabkan pencemaran alam seperti jerebu berlaku dan berbahaya kepada kesihatan manusia dari segi pernafasan.Begitu dengan pencemaran air di lautan yang mampu mengganggu bekalan makanan manusia kerana manusia juga mendapatkan bekalan makanan daripada hidupan di lautan.Hal ini dapat membuktikan bahawa dengan adanya pembangunan satelit hasil penerokaan angkasa lepas,keselesaan manusia untuk menjalani kehidupan seharian juga dapat ditingkatkan.
(ii) - Menggunakan sains,teknologi dan kejuruteraan yang memberikan nilai tambah kepada peningkatan kualiti.
Penerokaan angkasa lepas telah membawa kemajuan dalam telekomunikasi. MESAT atau Middle East Society of Asphalt Technologist telah dihantar ke luar negara oleh Malaysia untuk memajukan teknologi maklumat dan memberi manusia manfaat atau kemudahan dari segi komunikasi terutamanya melalui internet yang boleh menghubungkan seseorang itu dengan seseorang yang berada di tempat yang jauh dan berbeza.Ia juga membolehkan manusia memperolehi pelbagai jenis maklumat dari seluruh dunia melalui siaran televisyen mahupun melalui carian internet melalui telefon pintar yang tidak asing dari kehidupan seharian kebanyakan manusia.
Contohnya dalam proses pembelajaran,pelajar boleh mendapatkan pelbagai bentuk maklumat yang diperlukan dengan mudah dan efisien untuk dijadikan sumber ilmu dan sekali gus dapat meningkatkan kualiti pembelajaran pelajar.Selain itu,manusia juga boleh mendapatkan maklumat terkini yang mungkin boleh menjadi satu maklumat penting kepada mereka.Contohnya seperti berita kemalangan atau bencana alam yang berlaku berhampiran kawasan tempat tinggal mereka seperti banjir.Dengan itu, mereka yang tinggal di kawasan tersebut boleh bertindak lebih awal dengan menyelamatkan dokumen-dokumen penting.Hal ini menjadikan kualiti kehidupan manusia semakin meningkat dengan adanya teknologi maklumat yang berkembang melalui penerokaan angkasa lepas.
Isi 2 = Kaedah Fiqh
1. Setiap perkara dinilai berdasarkan niat(AI-Umur Bi Maqasidiha)
Para ilmuan astronomi mampu mengkaji dan mencari pelbagai kelebihan antaranya memajukan bidang teknologi maklumat dengan menghasilkan lebih banyak satelit di ruang angkasa bumi telah memudahkan perhubungan tanpa sempadan.Kemampuan teknologi pemantauan iaitu penggunaan kapal angkasa menjadikan gambar lebih mudah diambil dan dirakam dari sudut yang lebih baik serta boleh digunakan untuk memantau perubahan cuaca serta kadar pencemaran alam dan kepentingan apabila menerokai angkasa lepas.Sebagai contoh, negara kita Malaysia telah menghantar Malaysia east asia satelit (MEASAT) ke luar negara untuk pembangunan teknologi bagi membolehkan manusia berkomunikasi dengan mudah ia juga bagi membolehkan siaran televisyen,radio,internet dan sebagainya dapat diterima ke pelusuk dunia ini disebabkan mereka berniat bersungguh-sungguh untuk mengkaji.MEASAT mempunyai 3 satelit yang dinamakan MEASAT-1,MEASAT-2 dan MEASAT-3,ketiga-tiga satelit tersebut mempunyai fungsi yang sama iaitu talian komunikasi agar dapat memudahkan urusan seharian.Jika MEASAT tiada maka penyebaran berita dan maklumat kini tersekat.
Terdapat tokoh-tokoh ilmuan astronomi seperti Ibnu Yunus, beliau mengkaji pergerakan bulan, matahari dan bulan.Beliau dilihat lebih menonjol dengan kajian tentang pergerakan bulan dan matahari.Ini disebabkan ibnu Yunus berjaya memperoleh hasil penyelidikan yang banyak daripada kegiatannya di pusat penyelidikan yang dibangunkannya di Kaherah. Penemuan-penemuan tersebut telah digunakan untuk kajian perbandingan.Tokoh ilmuan yg lain pula adalah Abu Raihan Al-Biruni Ketika berusia 17 tahun,dia mengira latitud bagi Kath,Khwarazm dengan menggunakan latitud maksima matahari.Pada umur 22 tahun pula,dia menulis beberapa hasil kerja kerja ringkas termasuk kajian unjuran pemetaan (map projection),kartografi,yang termasuk pengkaedahan untuk membuat unjuran hemisfera pada satah matematik.ketika berusia 27 tahun pula,beliau menulis buku bertajuk Kronologi yang merujuk kepada hasil kerja lain yang dihasilkan oleh beliau termasuk sebuah buku berkenaan astrolabe, dan juga berkenaan sistem perpuluhan,empat buku berkenaan astrologi dan dua berkenaan sejarah.Hasil karya Ibnu Yunus mencecah melebihi 120 buah kitab.
Ibnu Yunus
(Ilmuan genius dalam bidang astronomi)
Hal ini bertepatan dengan kaedah fikh Al-Umur Bi Maqasidiha iaitu sesuatu perkara yang diniatkan akan terikat dengan tindakan yang akan dilakukan.Contohnya seseorang yang berniat untuk makan atau minum pasti akan membuat tindakan untuk mencari makanan.
Hal ini ada dijelaskan dalam hadis:
إنَّمَاالْأَعْمَالُبِالنِّيَّاتِ،وَإِنَّمَالِكُلِّامْرِئٍمَانَوَى،فَمَنْكَانَتْهِجْرَتُهُإلَىاللَّهِوَرَسُولِهِفَهِجْرَتُهُإلَىاللَّهِوَرَسُولِهِ،وَمَنْكَانَتْهِجْرَتُهُلِدُنْيَايُصِيبُهَاأَوْامْرَأَةٍيَنْكِحُهَافَهِجْرَتُهُإلَىمَاهَاجَرَإلَيه
Ertinya: “Sesungguhnya setiap amalan hanyalah tergantung dengan niat-niatnya dan setiap orang hanya akan mendapatkan apa yang dia niatkan, maka barangsiapa yang hijrahnya kepada Allah dan RasulNya maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya dan barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang hendak ia raih atau karena wanita yang hendak ia nikahi maka hijrahnya kepada apa yang ia hijrah kepadanya”. (HR. Bukhary-Muslim ra.).
Oleh yang demikian,keinginan berasaskan niat yang ikhlas dalam pencarian ilmu berkenaan penerokaan angkasa lepas adalah suatu proses ibadah dalam menerokai ilmu Allah yang luas seperti yang dilakukan oleh para ilmuan islam untuk menentukan arah kiblat,penentuan waktu solat dan juga peristiwa matahari diatas kaabah(istiwa a'zam) Kemudahan hendaklah dihilangkan.
Kajian mengenai angkasa lepas banyak membantu kehidupan manusia untuk menyelesaikan masalah harian berkaitan perhubungan komunikasi dan bidang pertanian serta perikanan. Ini dapat dibuktikan dengan penciptaan teknologi Satelit angkasa untuk mengkaji kawasan bumi seperti dalam menentukan luas kawasan tapak pertanian menggunakan Satelit yang dapat dilihat melalui google earth.
2. Kesusahan membawa kemudahan (Al-Mashaqqah Tajilibu At-Taisir)
Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah: 185
يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمْ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمْ الْعُسْرَ
Maksudnya: Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran.
Berdasarkan kaedah ini,kesukaran yang dimaksudkan adalah merujuk kepada beberapa keadaan kesukaran yang melampaui tahap kebiasaan manusia.
Kesukaran yang berlaku dalam proses penyelidikan hendaklah dirujuk kepada syarat-syarat yang membolehkan rukhsah digunakan.Walaupun penerokaan angkasa lepas melalui satelit menggunakan kos yang tinggi ,namun ianya boleh dipertimbangkan kerana ianya masalah atau perkara yang boleh diterima umum.Sebagai contoh,satelit keenam negara , Measat-3b yang dilancarkan dengan kos yang besar iaitu AS$350 juta atau RM1.13 bilion oleh MEASAT namun ianya membantu manusia untuk tujuan komunikasi.Dengan adanya pembangunan satelit ini,manusia mendapatkan maklumat dan meluaskan pengetahuan kerana satelit berfungsi sebagai alat yang menghantar isyarat ke penerima (receiver) di bumi.Satelit mengawal isyarat telefon,komunikasi kapal ke daratan dan isyarat radio serta television yang membolehkan manusia mendapatkan maklumat dengan mudah.Antara kesusahan yang boleh diahadapi jika tiada pembangunan satelit ialah menyukarkan manusia untuk berhubung dan mendapatkan maklumat.
Contohnya,seseorang itu perlu pergi ke perpustakaan untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan kerana tiadanya pembangunan satelit.Selain itu,tarikh-tarikh penting seperti Syawal dan Ramadan tidak boleh diramal jika tiada ilmu astronomi.Sebagai contoh,pada tahun 1983 di Johor dan Perak,dua negeri ini dikatakan berpuasa lebih awal dan tidak sama dengan pengumuman kerajaan Pusat.Peristiwa tersebut telah menimbulkan kekeliruan dalam kalangan umat Islam di Malaysia.Rentetan insiden tersebut,kerajaan pusat menekankan penentuan Ramadan dan Syawal mesti berpandu kepada rukyah dan kiraan ilmu falak,sebagaimana keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan bertarikh 1-2 Oktober,1970.Ilmu falak ialah cabang ilmu kejuruteraan yang tidak terhad kepada melihat anak bulan Ramadan dan Syawal sahaja,bahkan bersifat universal termasuk ilmu astronomi.
3. Kemudaratan hendaklah dihapuskan (Ad-Darar Yuzal)
Hal ini jelas bertepatan dengan kaedah fikh Ad-Darar Yuzal (الضــرر يـزال ) iaitu sesuatu perkara yang menjadi kesukaran bagi tercapainya kepentingan asasi kehidupan manusia yang melibatkan agama , nyawa , maruah , keturunan , akal dan harta.
Berdasarkan firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah:185
يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمْ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمْ الْعُسْرَ
Maksudnya: (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak mengkehendaki kamu menanggung kesukaran.
Oleh itu, kemudaratan mesti dihilangkan membuktikan bahawa Islam membantu kita untuk melakukan sesuatu pekerjaan dengan mudah. Islam menghalang kita melakukan sesuatu perkara yang mendatangkan kemudaratan kepada diri sendiri, orang lain dan alam sekitar. Kita hendaklah peka bahawa setiap apa yang ada dimuka bumi ini hanyalah pinjaman semata-mata daripada Allah S.W.T. Kita sebagai peminjam hendaklah memastikan bahawa kita menjaga apa yang kita pinjam daripada Allah S.W.T.
Terdapat banyak kemudaratan teknologi satelit iaitu menyebarkan pengaruh budaya kuning dengan penggunaan stesen televisyen satelit membolehkan pelbagai rancangan dari luar negara dapat ditonton di negara ini seperti rancangan ‘Dallas’(seks) dan ‘rambo’(ganas) ini mendatangkan kesan sosial yang negatif serta akan mengancam perpaduan dan pembangunan .
Contoh lain kemudaratan iaitu penyalahgunaan untuk tujuan propaganda ini digunakan untuk menyebarkan fitnah,khabar angin untuk menjatuhkan negara atau pemimpin lain sebagai contoh tuduhan AS bahawa ahli parlimen Malaysia mengamalkan rasuah.
Contoh terakhir bagi kemudaratan iaitu dari aspek pengintipan,ada pihak yang menggunakan satelit untuk tujuan mengintip negara lain terutama dalam aspek pertahanan ini memungkinkan tercetusnya peperangan.
Kemudaratan yang wujud diakibatkan kecanggihan-kecanggihan dalam bidang tersebut apabila penyalahgunaan timbul. Cara mengatasi kemudaratan bagi perkembangan teknologi adalah dengan menguatkuasakan undang-undang sebagai contoh menerusi akta perikanan 1985 iaitu kapal asing yang memberhentikan atau memasuki kawasan perairan maka akan diusir.
Contoh lain cara bagi mengatasi kemudaratan teknologi adalah dengan mewujudkan badan khas yang menyelenggara atau menapis segala paparan di laman sesawang.Hal ini kerana laman sesawang telah menjadi medium utama pada masa kini untuk menyebarkan fitnah. Contoh terakhir bagi mengatasi kemudaratan adalah dengan menapis kandungan rakaman untuk filem dan video yang ditayangkan seperti Lembaga Penapisan Filem(LPF) yang menapis segala video atau filem yang ditayangkan untuk menjaga keselamatan dan keharmonian kaum agar terhindar daripada pengaruh buruk dan unsur-unsur yang negatif.
KESIMPULAN
Sebagai rumusan,berdasarkan sejarah perkembangan astronomi dalam tamadun silam hingga kini, dapat dilihat bahawa Malaysia masih berada dalam situasi mengembangkan ilmu astronomi terutama dalam kalangan masyarakat awam dan masih berusaha menambahkan tenaga pakar.Namun begitu, Malaysia masih jauh ketinggalan dalam penyelidikan dan teori-teori baharu dalam bidang astronomi lantaran tenaga pakar astronomi yang masih tidak ramai.Walaupun ketinggalan ,banyak juga kepentingan penerokaan angkasa lepas dan kepentingan tersebut tidak dapat dielakkan kerana niat yang ditanam ke dalam hati angkasawan.
🠕🠕🠕
RUJUKAN
1. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2014/09/5699/satelit-keenam-negara-measat-3b-dilancar-hari-ini
2. https://ms.wikipedia.org/wiki/Astronomi
3. https://prezi.com/6duk9hiwzxxx/kepentingan-dan-kelebihan-penerokaan-angkasa-lepas/
4. http://astronomi2020.blogspot.com/2010/12/apa-itu-astronomi.html
5. https://www.bharian.com.my/dunia/lain-lain/2020/03/661796/bhplus
6. http://commonrepo.um.edu.my/12611/1/Page%201-18.pdf
7. http://astromjscb.blogspot.com/p/tokoh-tokoh.html
9. http://insyirah3793.blogspot.com/2012/06/kepentingan-penerokaan-angkasa-lepas.html
10.https://dka2cmpu23052.blogspot.com/2020/04/penerokaan-angkasa-lepas.html
11.https://www.sinarharian.com.my/article/27390/KOLUMNIS/Rahsia-alam-rujukan-manusia